Sabtu, 11 Disember 2010

Latarbelakang Daerah Kulim

LATAR BELAKANG DAERAH KULIM


1.          PENDAHULUAN

1.1.      KEDUDUKAN
Kulim adalah salah sebuah daripada sebelas buah Daerah di Negeri Kedah Darul Aman.  Kedudukannya sebelah utara yang bertumpu dengan Sungai Muda menjadi sempadan Daerah Kuala Muda di sebelah timur laut bertumpu dengan Sungai Sedim yang menjadi sempadan dengan Daerah Baling.  Manakala di sebelah tenggara yang bertumpu dengan Sungai Kerian adalah menjadi sempadan dengan Negeri Perak Darul Ridzuan,  di selatannya bersempadan dengan Negeri Pulau Pinang.

Daerah ini meliputi keluasan 298.86 batu persegi              ( 202.368 ekar atau 77,437 hektar ) 765km² peratus 8.12



  Pentadbiran Daerah Kulim
               
Pentadbiran Daerah Kulim secara rasminya diasaskan pada tahun 1910 oleh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Mohamad Asaad bin Tunku Ahmad Tajuddin sebagai Pegawai Daerahnya yang pertama.  Tuan Haji Noh bin Ahmad sekarang ini menjadi Pegawai Daerah yang ke 38 berkhidmat di sini  Selain itu orang kenamaan yang pernah menjadi Pegawai Daerah Kulim ialah Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putera Al – Haj ( 1939 – 1943)  Sehingga kini seramai 39 orang Pegawai  Daerah telah berkhidmat di Daerah Kulim iaitu :